![](https://static.wixstatic.com/media/11062b_3e2f37c297534f9ead156265242fbca8f000.jpg/v1/fill/w_1920,h_1080,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/11062b_3e2f37c297534f9ead156265242fbca8f000.jpg)
FS Sellindicator Malaysia
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_75f99f7fc87b431a91e49e7912ca6f81~mv2.jpg/v1/crop/x_34,y_69,w_572,h_543/fill/w_442,h_420,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_75f99f7fc87b431a91e49e7912ca6f81~mv2.jpg)
Trader Helping Trader
Facebook Md Faizal Safian 7
Facebook Pages Akademi Sellindicator Asia
Instagram Faizalsellindicator
© Copyright http://faizalsafian.wixsite.com/sellindicator/. All rights Reserved.
Call Center +60176851568
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_cdc97f0a879a48ae94c37f0a46727dd8~mv2_d_6016_4016_s_4_2.jpg/v1/crop/x_409,y_1248,w_5586,h_2768/fill/w_413,h_205,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_cdc97f0a879a48ae94c37f0a46727dd8~mv2_d_6016_4016_s_4_2.jpg)
Assalamualaikum W.B.T
Selamat datang wahai trader ke halaman rasmi "trader helping trader" asia tenggara.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjungan kite Nabi Muhammad s.a.w dan Setinggi penghormatan kepada seluruh warga trader asia tenggara kerana sudi terima saya seadanya walaupun saya masih baru dalam bidang trading ini dan ucapan terima kasih setingginya kepada master master yang sudi berkongsi pengalaman bersama saya saat melalui liku onak ranjau berduri dalam dunia forex yang saban hari kian mencabar mental, emosi dan keyakinan diri saya, Sokongan berterusan sebegini akan terus menyemarakkan lagi semangat dan tekad saya untuk terus semangat menbantu trader baru khasnya bagi meningkatkan kualiti dan tambah nilai pada diri mereka untuk terus maju ke dunia lebih besar dalam lapangan ini.
Simbolik slogan kata "trader helping trader" secara umumnya telah ditubuhkan pada 01 Januari 2015 atas platform Sellindicator komuniti, slogan ini telah diilhamkan oleh saya atas konsep semangat menbantu trader baru atau yang gagal dengan apa jua cara untuk pastikan mereka maju bersama setaraf diri dengan trader mahir telah lama berkecimpung didalam bidang ini, konsep ini juga untuk utuhkan ikatan silatulrahim sesama ummah, Oleh yang demikian , bagi menghadapi kesan ekonomi yang kian meruncing serta cabaran persekitaran semasa yang kian meningkat marilah kite bergabung bawah satu komuniti dan saling bantu menbantu dalam perkongsian idea dan analisis untuk sama sama merasai hasilnya.
Alhamdulillah sejak tahun 2015 hingga ke 2016 telah ramai trader separa mahir telah dilahirkan dari pasukan "trader helping trader sellindicator" Malaysia, Singapore dan Brunei,
Saya berharap moga kite komuniti besar dapat meningkatkan kerjasama kukuh dalam penyumbangan daya dinamik, kreatif dan berpasukan dalam menbawa pulang USD ke negara kite untuk kesejahteraan semua. Adalah diharapkan juga, kerjasama yang erat serta sokongan berterusan diterima, terutamanya dari kalangan master master dan trader trader mahir dalam gerak kerja yang sama. InsyaaAllah dengan berkat doa semua di dalam komuniti trader helping trader dan rakan rakan trader khasnya yang sentiasa memberi sokongan dan doa, kita akan terus menempa kejayaan yang diimpikan demi masa depan anak anak. Ucapan terima kasih juga kepada semua anggota "trader helping trader" dan pasukan dilantik yang sekian lama bersama setia dibelakang saya beri semangat dan sokongan saat saya lelah. Semoga kehadiran saudara dapat memantapkan lagi operasi kita dan mendapat barakah daripada Allah S.W.T. jua. Jazakallah.
Sekian. Wassalam.
Faizal Sellindicator Malaysia
founder trader helping trader
founder tfm1 macstob 935
founder masctob 935 hit n run & hold
founder macstob 935 pukal pair
founder macstob 935 news single & news pukal pair
founder money management sellindicator