FS Sellindicator Malaysia
Trader Helping Trader
Facebook Md Faizal Safian 7
Facebook Pages Akademi Sellindicator Asia
Instagram Faizalsellindicator
© Copyright http://faizalsafian.wixsite.com/sellindicator/. All rights Reserved.
Call Center +60176851568
Salam Sehati Sejiwa Trader..
Salam kenal dan Salam ukhuwah dari saya faizal sellindicator aka Fs,
Serba sedikit kisah tentang perjalanan saya dalam bidang ini yang tidaklah banyak mana ilmunya untuk diberi buat trader, hanya penemuan dan ilmu yang cetek mampu saya curah dan sumbangkan ke dalam industri ini buat trader malasysia dan asia tenggara.
pertengahan tahun 2014 adalah permulaan saya menceburi dalam niaga mata wang ini, dimana diperkenalkan oleh seorang abang yang saya anggap sebagai mentor dalam perniagaan networking, saya dikenalkan dalam pengunaan platform fxunited dan sebanyak 7 akaun telah saya buka dibawah platform fxunited dimana setiap satu akaun adalah nama nama ahli keluarga saya dgn niat moga saya dapat grow akaun dan akaun ini saya serah pada ahli keluarga saya untuk kegunaan mereka kerana saya sedar kami bukan keluarga yang senang dan saya cuba usaha untuk ubah nasib keluarga kami pada ketika itu.
Beberapa bulan lamanya saya bersama platform fxunited maka tiada ilmu trading yang sesuai untuk saya fahamkan ini kerana saya newbie atau zero dalam bidang ini dan akhirnya saya bawa diri bersama akaun akaun saya, ini kerana akaun di depo tidak boleh di withdraw atas sebab networking sistem.
Saya ingat lagi selepas berakhirnya musim raya aidil fitri 2014, saya telah usaha mencari ilmu keserata tempat sama ada alam nyata atau alam maya facebook, antara tenaga pengajar pernah saya temui ialah ibnu hisyam fxranex, addy yun fxranex, apollo, ariff ironfx dan yusu honda fxranex akhirnya tetap jua saya gagal fahamkan sedangkan pada pandangan saya ilmu mereka miliki sangat baik, walaubagaimanapun tetap saya bawa balik ilmu mereka beri dan saya harus fahamkan sendiri dan akhirnya saya giveup kerana saya telah musnahkan 7 akaun hingga mc dengan ilmu yang cetek tentang trading lagi mengecewakan tiada sistem kawalam money management oleh saya.
Pada bulan 10 2014 selepas akaun saya musnah maka saya tiada apa apa lagi diharapkan kecuali saya kuatkan semangat dan tekad teruskan semangat mencari jawapan jawapan jadi tanda tanya saya dalam bidang ini, walau tiada sisa sisa akaun berbaki ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus belajar, saya kuatkan semangat dan tekad dalam hati, minda, diri dimana selepas saya pulang dari kerja hakiki jam 5.00 petang saya akan terus masuk bilik pembelajaran dan buka liptop secondhand yang saya beli saat pertama kali masuk bidang ini, saban hari saya akan lakukan aktiviti ini tanpa henti saat pulang selepas tamat tugas atau jika ada mana mana masa terluang akan diluang di mt4, pada waktu ini tiada apa lebih penting selain ilmu maka waktu tidur mejadi 4 jam sehari, makan dan minum tidak dihirau, pergaulan dan aktiviti sekeliling dikurangkan ia semua tentang pergorbanan masa untuk ilmu.
Apa yang saya lihat dan kaji pada setiap hari?
Saya hanya sekadar download beribu ribu free indicator indicator yang ada di ruang website, saya hanya pilih color yang cantik, bentuk indicator yang cantik dan saya bermain dengan indicator ini sekadar sebagai seni gabungan dan masa ini saya tidak tahu tentang apa jua tentang trend, price, pips, bid n ask, digit, dan semua saya tidak faham. dari hanya suka suka atau dianggap hobi akhirnya saya temukan jawapan satu persatu iaitu kenapa saya floating, kenapa saya mc, kenapa entry saya floating dan kembali profit atau sebaliknya dan akhirnya saya kenal trend saya kenal money managament dan paling penting saya kenal timeframe minit 1 yang yang menjadi fenomena dan kejutan di Malaysia 2015. ia semua tentang pengorbanan masa dan pengunaan minda mencari jawapan atas persoalan dibuat diri sendiri, alhamdulilah bulan 11 2014 telah tercipta teknik smartphone triple sars sellindicator.
Perasaan saya saat zero ialah saya buta dan tidak nampak apa jua jalan dalam bidang ini, dan saya marah diri saya kenapa saya tidak mampu bersama trader mahir seperti mereka dan kenapa mereka mampu profit dan kenapa saya tidak?, kenapa mereka miliki teknik sendiri? setia kali saya gagal dalam entry maka saya akan emosi dan marah.. walau dalam keadaan marah pada diri sendiri tapi saya telah janji pada diri yang saya akan ada teknik sendiri dan lebih baik dari mereka dan saya usaha tanpa henti henti setiap hari bermain dengan indicator dan mt4 tanpa kenal masa dan waktu rehat.... alhamdulilah atas hasil usaha berkat doa bonda dan izin allah saya telah temu jawapan dalam pencarian ini, jawapan ini selepas saya lihat m1 dan indicator..
Alhamdulilah dalam pencarian selama beberapa bulan telah tercipta teknik pertama saya iaitu 1fm1 triple sars smartphone dan telah ditambah baik ke teknik tfm1 macstob sar dan pada hari ini telah dimudahkan lagi dengan teknik tfm1 macstob dan gabungan money managmenet sellindicator.
Pada januari 2015 saya telah tubuhkan facebook trading saya pertama dimana saya guna tagline trader helping trader dan saya hanya sekadar kongsi ss saya di ruangan post dan tidak sangka ia menjadi satu fenomena di malaysia dan menjadi kehendak buat trader kerana saya entry hit n run di timeframe m1 atau timeframe kecil yang mana selama ini mereka lihat keramaian trader bermain timeframe besar, malah kehadiran saya juga tidak disenangi oleh sebilangan besar trader mahir dimana menjadi tragedi hingga saya di tohmah penipu, saya dicaci maki, dihina dan seperti saya makhluk asing yang mana mereka nampak cara trading saya umpama mereka tidak pernah temui.. saat itu saya agak keliru kenapa terjadi malah ada satu masa patah semangat kerana saya hanya suka suka berkongsi ss bukan buat marketing tapi alhamdulilah selepas setahun lebih berlalu kini mereka ada telah terima saya dan ramai jua sudah bermain di tfm1 menguna teknik saya atau kefahaman mereka.
Saya ucapakan setinggi tinggi terima kasih kepada master tuan addy, omma ally, along zubir & team pips hijau, monica zouk, firdaus aka dukun fx, afiq abt kerana sentiasa sokong beri kata kata semangat atas usaha saya saat saya dikecam hebat oleh master master dan trader mahir saat saya baru.. bermula perjalanan saya untuk adakan kelas pertama saya di Johor bahru dan kedua di port dickson iaitu event besar saya atas nama trader helping trader gathering.. saya cuba buktikan bahawa teknik saya bukan cubaan tipu oleh saya malah tiada untuk marketing dan alhamdulilah kini telah lahir trader trader bawah kelola trader helping trader succes dan alhamdulilah 3 half jutawan telah lahir bawa didikan saya hanya dalam masa pendek yang diketahui saya..
Buat pengetahuan trader, tiada niat saya untuk ada dalam bidang ini menganggu trader cuma hanya sekadar kongsi apa saya temukan di m1 dan moga ia menjadi tambah nilai pada semua trader khasnya malah tiada pula berkongsi link untuk sebarang hasil dari akaun anda.
Segala pujian buat allah atas anugerah akal dan hati buat diri dan dipulangkan buat trader untuk teruskan jalan mencari sinar masa depan yang lebih baik.
Maaf andai ada nukilan ini menguris mana mana pihak ia sekadar perkongsian sedikit kisah suka duka saya dalam bidang ini agar menjadi pemangkin semangat kepada trader baru terus melangkah mencari ilmu dan kefahaman yang lebih jelas dan baik di masa masa akan datang.