![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_d705737042754e4aa432465984b1b2da~mv2.jpg/v1/fill/w_970,h_546,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/444a96_d705737042754e4aa432465984b1b2da~mv2.jpg)
FS Sellindicator Malaysia
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_75f99f7fc87b431a91e49e7912ca6f81~mv2.jpg/v1/crop/x_34,y_69,w_572,h_543/fill/w_442,h_420,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_75f99f7fc87b431a91e49e7912ca6f81~mv2.jpg)
Trader Helping Trader
Facebook Md Faizal Safian 7
Facebook Pages Akademi Sellindicator Asia
Instagram Faizalsellindicator
© Copyright http://faizalsafian.wixsite.com/sellindicator/. All rights Reserved.
Call Center +60176851568
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_6f4ba35030c640a4910f218526b49d4b~mv2.jpg/v1/fill/w_1200,h_91,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/444a96_6f4ba35030c640a4910f218526b49d4b~mv2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_5f6a0c1f430742b4b26e0267d2b041d0~mv2.png/v1/fill/w_157,h_104,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_5f6a0c1f430742b4b26e0267d2b041d0~mv2.png)
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_c6e61eec0a0e45a4b3d1fff6d9cd82b9~mv2.png/v1/fill/w_191,h_209,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_c6e61eec0a0e45a4b3d1fff6d9cd82b9~mv2.png)
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_74a1dc883bd240c9afc89c2ad0b4d46e~mv2.jpg/v1/fill/w_60,h_27,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_74a1dc883bd240c9afc89c2ad0b4d46e~mv2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_6ce8f0ad686e487e899c7d576bafbe87~mv2.jpg/v1/fill/w_431,h_407,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_6ce8f0ad686e487e899c7d576bafbe87~mv2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_e547d23fbae44f078090043784620640~mv2_d_4100_2500_s_4_2.jpg/v1/fill/w_299,h_189,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_e547d23fbae44f078090043784620640~mv2_d_4100_2500_s_4_2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_44c9be7d55ec47a0bbbe2ea2dca40da0~mv2.png/v1/fill/w_319,h_114,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_44c9be7d55ec47a0bbbe2ea2dca40da0~mv2.png)
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_49316e7cdebd4153a8ff9db8206c76dc~mv2.jpg/v1/fill/w_567,h_192,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_49316e7cdebd4153a8ff9db8206c76dc~mv2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_a5558837d28e4603aa6ee7864819a4ff~mv2.jpg/v1/fill/w_521,h_368,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_a5558837d28e4603aa6ee7864819a4ff~mv2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_f40105fda7344cd089bb60f0bd34f15e~mv2.gif/v1/fill/w_143,h_90,al_c,usm_0.66_1.00_0.01,pstr/444a96_f40105fda7344cd089bb60f0bd34f15e~mv2.gif)
JIKA ANDA PERLUKAN BANTUAN UNTUK KAMI UPLOAD DAN TINDAKAN SELANJUTNYA, SILA PASTIKAN DISERTAKAN DIBAWAH INI:
1) LAPORAN POLIS, TRIBUNAL PENGUNA ATAU BADAN NGO
2) TRANSAKSI WANG MELALUI BANK SATU PIHAK KE PIHAK, AKAUN PERSENDIRIAN ATAU SYARIKAT
3) BUKTI PERSETUJUAN ATAU MANA MANA REKOD BERTULIS ATAU REKOD PERBUALAN
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_8073be30cbd8486fafa1c329990f27d8~mv2.jpg/v1/fill/w_600,h_401,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_8073be30cbd8486fafa1c329990f27d8~mv2.jpg)
HAMZA TAIB (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian duit yang dirampas daripada sindiket penipuan pelaburan forex dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Shah Alam, Selangor, semalam
SHAH ALAM 1 Dis. - Sebanyak 131 laporan diterima oleh polis berhubung penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex) yang membabitkan kerugian lebih RM32 juta sejak awal tahun ini.
Terbaharu, polis berjaya menumpaskan satu sindiket yang didalangi dua lelaki tempatan selepas menerima aduan daripada seorang usahawan wanita berusia 27 tahun dari Guangzhou, China yang mengalami kerugian kira-kira RM32 juta.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, bermodalkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Oxford, United Kingdom, perancang utama sindiket berkenaan yang berusia 50 tahun berjaya mempengaruhi mangsa supaya syarikat milik keluarganya di China melabur dengannya.
Menurutnya, menerusi internet dan pertemuan di China dan Hong Kong, suspek berjaya memperdaya mangsa kononnya dia seorang peniaga yang berjaya.
“Selepas melabur dengan suspek, mangsa mula curiga apabila suspek gagal dihubungi tidak lama selepas itu lalu membuat laporan kepada polis,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Hamza memberitahu, berdasarkan siasatan dan risikan, sepasukan polis menyerbu sebuah kondominium di Bukit Ceylon di ibu negara pada kira-kira pukul 1.15 pagi kelmarin dan menahan suspek utama.
Jelasnya, suspek kedua berusia 34 tahun yang merupakan bekas broker saham pula ditahan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur.
Beliau menambah, hasil penahanan kedua-dua suspek, polis merampas pelbagai barangan yang dimiliki mereka termasuk wang tunai RM2.7 juta, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire, sebuah Honda HRV, tiga telefon bimbit, satu pasport palsu dan satu kad pengenalan palsu.
“Berdasarkan laporan mangsa, sindiket ini memperdayakan mereka dengan menawarkan keuntungan lumayan dan kemewahan hasil daripada perniagaan dan pelaburan pertukaran mata wang asing.
“Ahli sindiket akan menunjukkan hasil kemewahan mereka seperti rumah, syarikat, kenderaan mewah untuk meyakinkan mangsa.
“Sindiket ini sering kali menukar nama syarikat dan menggunakan identiti yang tidak wujud seperti pasport palsu, kad pengenalan palsu supaya sukar dikesan oleh pihak berkuasa,” ujarnya.
Hamza berkata, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga esok dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sindiket-penipuan-forex-rm32j-tumpas-1.164489#sthash.Lu6kuYVF.dpuf
11 individu dakwa rugi RM6.3 juta
Ditipu syarikat pelaburan forex
MASZUREEN HADZMAN | 24 Mac 2016 1:23 AM
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/11-individu-dakwa-8232-rugi-rm6-3-juta-1.203993#sthash.w102AVGG.dpuf
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_091611470df646bc865b75f5abeaa433~mv2.jpg/v1/fill/w_600,h_353,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_091611470df646bc865b75f5abeaa433~mv2.jpg)
Muhammad Yusuf Azmi (duduk, dua dari kanan) bersama mangsa-mangsa kes penipuan tukaran wang asing (forex) di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
KUALA LUMPUR 23 Mac - Kerana mahu menambah pendapatan sampingan serta mengejar hidup mewah, 11 individu kerugian hampir RM6.3 juta selepas menjadi mangsa penipuan licik sebuah syarikat yang berselindung di sebalik urus niaga mata wang asing (forex).
Kesemua mangsa yang terdiri daripada 10 lelaki tempatan dan seorang wanita itu mendakwa terjerat selepas menyertai seminar pelaburan yang dianjurkan tiga individu di ibu negara pada September tahun lalu dan seterusnya membuat pelaburan.
Salah seorang mangsa, Mohamad Fairiz Omar berkata, dia yang bekerja sebagai ahli perniagaan diminta untuk melabur menggunakan dolar Amerika Syarikat (AS) kepada ejen yang terpilih selepas menyertai seminar berkenaan.
Menurutnya, bagi meyakinkan dirinya mengenai pelaburan tersebut, dia menyertai empat lagi seminar yang dikendalikan seorang lelaki dikenali sebagai Aizat yang mengaku guru dan pakar pelaburan forex.
“Sepanjang tempoh tersebut, Aizat telah menunjukkan kemewahannya seperti rumah, syarikat dan kenderaan bagi meyakinkan saya membuat pelaburan.
“Kerana percaya dan tanpa memikirkan risiko, saya melabur sebanyak AS$13,500 (RM53,962) namun menyedari ditipu selepas wang yang dilabur kepada rakan kongsi syarikat berkenaan di Singapura, tidak mendapat sebarang keuntungan,” katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini malam tadi.
Mengulas lanjut, Mohamad Fairiz memberitahu, dia seterusnya menghubungi Aizat untuk meminta semula wang pelaburannya itu namun lelaki terbabit memberi pelbagai alasan.
Katanya, dia bersama beberapa lagi mangsa yang turut mendakwa ditipu syarikat terbabit akhirnya membuat laporan polis sebelum memaklumkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk tindakan susulan.
Sementara itu, Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi ketika ditemui berkata, sebaik sahaja menerima aduan daripada 11 mangsa, pasukan penyiasatan PPIM telah membuat semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihaknya mendapati, syarikat pelaburan forex berkenaan telah ditutup.
Menurutnya, meskipun syarikat terbabit telah ditutup oleh pemilik asal namun, masih terdapat individu lain yang dikesan menjalankan seminar bagi mencari mangsa.
“Kita telah membuat perjumpaan dengan pemilik asal syarikat yang didaftarkan, dan dia telah mengesahkan syarikat tersebut telah ditutup sejak bulan lalu.
“Tetapi hari ini, serbuan kami di sebuah hotel di Jalan Raja Laut di sini mendapati, Aizat dan seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai ‘Ustaz’ masih menjalankan seminar menggunakan nama syarikat itu,” ujarnya.
Sehubungan itu, Muhammad Yusuf memberitahu, satu lagi laporan polis telah dibuat oleh pihaknya di Balai Polis Sri Hartamas dekat sini bagi mengesan dalang di sebalik penipuan ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/11-individu-dakwa-8232-rugi-rm6-3-juta-1.203993#sthash.w102AVGG.dpuf
Siaran Akhbar
Kuala Lumpur, 17 Disember 2008
SC mendakwa pengarah kerana menipu pelabur FX Capital
Siasatan tujuh bulan mendapati bahawa lebih daripada 4000 pelabur telah ditipu sejumlah RM100 juta dalam satu penipuan pelaburan
Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mendakwa Raja Noor Asma Raja Harun, 46, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi empat pertuduhan mengadakan satu skim untuk menipu pelabur dan bertindak sebagai broker niaga hadapan tanpa lesen.
Raja Noor Asma, Pengarah FX Capital Consultant dan FX Consultant, dituduh bawah seksyen 58 (1) dan 206 (a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), dan seksyen 16 (1) (a) dan 83(a) Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993. Dia mohon dibicarakan bagi semua empat pertuduhan.
Kali pertama SC memberi amaran kepada para pelabur mengenai aktiviti tidak berlesen FX Capital Consultant dan FX Consultant adalah pada bulan Mei tahun ini. Raja Noor Asma dan kedua-dua syarikat tersebut tidak dilesenkan bawah CMSA untuk berurus niaga dalam sekuriti, berdagang dalam kontrak niaga hadapan, dan memberikan perkhidmatan pengurusan dana dan nasihat pelaburan berhubung dengan sekuriti atau niaga hadapan.
Siasatan SC, yang selesai dalam masa tujuh bulan daripada kali pertama ia memberikan amaran kepada pelabur, menunjukkan bahawa Raja Noor Asma disyaki telah mengutip sehingga RM100 juta daripada lebih daripada 4000 pelabur di seluruh negara dalam tempoh 17 bulan.
Memandangkan kesalahan tersebut adalah serius dan bagi mengekang kes seperti ini yang semakin menular, Mahkamah Sesyen bersetuju terhadap cadangan Pendakwa raya supaya menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta bagi Raja Noor Asma, dengan dua penjamin mengemukakan RM300,000. Selain itu, dokumen perjalanannya hendaklah diserahkan kepada Mahkamah sebagai syarat ikat jaminan dan dia dikehendaki melapor diri sebulan sekali di balai polis Bukit Sentosa. Kes ini dijadualkan akan didengar pada awal tahun 2010.
Jika sabit kesalahan, orang yang dituduh boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.
SC terus komited dalam melindungi pelabur dan mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap pasaran modal, dan akan terus mengambil langkah untuk memerangi aktiviti pelaburan haram yang mengancam pelabur dan pasaran modal Malaysia. SC telah berjaya membuat beberapa pendakwaan terhadap mereka yang menjalankan aktiviti pelaburan tidak berlesen.
Para pelabur digesa supaya berhati-hati dan hanya melabur dengan individu atau syarikat yang dilesenkan oleh SC. Untuk tujuan tersebut, para pelabur boleh merujuk di sini atau menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur dan Pengaduan di 03-6204 8999.
SC juga mengalu-alukan aduan dan maklumat daripada orang ramai mengenai kemungkinan penipuan atau skim pelaburan tidak sah, yang boleh di hantar melalui e-mel kepada aduan@seccom.com.my atau melalui telefon 03-6204 8999/8777.
SURUHANJAYA SEKURITI
POLIS BONGKAR SINDIKET PENIPUAN FOREX
SHAH ALAM – Menggunakan laman website www.nexusfx.com danwww.mymoorescapital.com untuk menjalankan kegiatan penipuan forex terbongkar apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor berjaya menahan lima lelaki termasuk ‘master mind’ dan ‘financial controller’ .
Tertangkapnya kelima-lima suspek tersebut ekoran laporan polis yang dibuat oleh pegadu dimana beliau telah ditipu dalam perlaburan yang dibuat berjumlah RM7,600.00. Pelabur telah dijanjikan pulangan dividen sebanyak 2.8% pada setiap hari selepas dua minggu membuat pelaburan dan boleh mengeluarkan wang tersebut setiap 15hb setiap bulan. Sehingga tempoh pelaburan matang pengadu tidak memperolehi pulangan seperti yang dijanjikan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Sakri bin Arifin dalam sidang medianya pagi tadi berkata suspek utama yang ditahan merupakan “King Money” menjalankan penipuan ala forex ini yang berlatar belakangkan perniagaan makanan kesihatan.
Menurutnya lagi kegiatan sindiket ini dipercayai bermula sejak bulan julai 2015 dan sehingga kini telah berjaya merekrutkan Introducer Broker (IB) dan ahli-ahli lebih kurang seribu orang.
Kegiatan penipuan ini juga bukannya dilakukan di Malaysia malah turut terdapat perlabur-perlabur daripada Indonesia dan Brunei.
Modus operandi yang digunakan oleh suspek bagi menyakinkan para pelabur, suspek telah membeli satu platform website forex daripada satu lelaki warganegara Australia adalah tujuan log in ID kepada pelabur untuk melihat pelaburan mereka.
Hasil siasatan polis daripada program ini menunjukkan bahawa tidak ada urus niaga forex dijalankan dan website yang digunakan adalah bagi menyakinkan pelabur bahawa pelaburan mereka telah di daftar secara selamat dalam website berkenaan.
Kesemua suspek yang ditahan lingkungan 28 hingga 40 tahun dan kes disiasat dibawah Seksyen 420 KK.
Pihak polis percaya ramai lagi mangsa-magsa penipuan ini agar tampil membuat laporan polis bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan.
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_06c3f557298d42b1adcbdc5d3f4b8666~mv2_d_2048_1365_s_2.jpg/v1/fill/w_599,h_399,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/444a96_06c3f557298d42b1adcbdc5d3f4b8666~mv2_d_2048_1365_s_2.jpg)
SCAM ALERT! KAEDAH PENIPUAN FOREX ALA MLM
Penipuan dengan menggunakan nama pelaburan forex sebenarnya telah lama berleluasa dan telah menjadi pengetahuan umum. Jadi bagaimana selepas tenggelam suatu penipuan muncul pula suatu penipuan lain malahan masih mendapat sambutan orang ramai untuk diperdaya. Jawabnya, kelemahan sistem penipuan lama diperbaharui dan diperbaiki agar sistem yang baru muncul benar-benar nampak telus dan jika pun akan terkantoi, masa perjalanan sistemnya akan lebih dipanjangkan.
Sekarang musim berkeliarannya ejen-ejen yang berkempen untuk membawa orang-orang yang belum kenal forex dengan mendalam untuk melabur dengan sebuah Broker tidak ternama dari Belgium. Ejen-ejen ini pun sebenarnya orang-orang yang baru mengenali Forex dan dipercayai terpedaya dengan janji-janji ejen-ejen teratas dari mereka. Modal pelaburan bermula dari serendah RM1000 (300USD). Mengikut sumber sahih, telah ada warga Felda melabur sehingga RM40000 (10000USD). Ada juga ejen-ejen yang telah bergaya mewah dengan mendapat bayaran komisen hasil usahanya menarik pelabur. Mengikut sumber, Skim bercirikan scam haram ni masuk ke Sabah seawal tahun 2013 dan masih diperingkat baru lagi.
Setelah saya berkomunikasi dengan individu yang terperangkap dan hampir2 saja kehilangan modal, berdasarkan bukti-bukti yang dapat dikumpulkan, dapat dirumuskan bahawa:
MASTERMINDNYA
Adalah.. Broker itu sendiri yang websitenya mengatakan beralamat di Belgium.
MANGSANYA
Seperti biasa.. Pelabur..
SASARANNYA
Menjahanamkan separuh daripada modal pelabur terutama akaun besar.
STRATEGI OPERASI
FOREX + MLM + SKIM CEPAT KAYA
PELAN OPERASI
Fasa Pengenalan
Mastermind telah menghantar ejen-ejen rasminya yang terlatih ke Sabah. Difahamkan ejen terlatihnya juga adalah dari kalangan rakyat negara ini. Ejen-ejen rasmi itu pula mengaku sebagai tukang trading dan berjanji memberi pulangan 10% sebulan tetapi hasil trading boleh jadi lebih tinggi dari itu. Peringkat awal belum ada penipuan untuk meyakinkan pelabur dan pelabur juga ditawarkan menjadi ejen untuk mendapatkan bayaran komisen yang tinggi setiap kali ada individu baru berjaya ditaja. Mengikut sumber, seorang yang telah menjadi ahli digalakkan mencari sepuluh orang atau lebih.
Fasa Trading Untung
Akaun pelabur seolah-olah ditradingkan dengan baik dengan keuntungan sekitar 10-20% sebulan dan pengeluaran 10% dari modal dibuat sebulan sekali dengan jayanya. Ketika ini akaun pelabur memang kelihatan sentiasa untung. Ejen selalunya memberi trading akaun statement kepada pelabur yang belum tahu menggunakan trading terminal di komputer.
Fasa Dirugikan Semula
Setelah dalam lingkungan 50% daripada jumlah modal awal yang tidak termasuk keuntungan telah dikeluarkan pelabur iaitu 10% sebulan kira-kira selepas tempoh 5-6 bulan, tukang trading akan membuat dua posisi buy dan sell dalam satu masa serentak dan tidak akan menutupnya. Akibatnya, swap akan berlaku bagi posisi yang terbuka lama. Swap untuk suatu posisi yang tidak ditutup boleh menyebabkan akaun mengalami margin call menjadi kosong dalam masa sebulan hingga dua bulan sahaja. Swap adalah interest yang dikenakan oleh bank yang menjalankan urusniaga pertukaran matawang. Tapi wang anda tidak ke situ kerana akaun anda adalah akaun dummy (mainan) sahaja yang diada-adakan oleh broker. Anda kehilangan wang kerana swap bermakna wang anda pergi kepada broker.
Fasa Penipuan yang Tak Boleh Bla!
Tukang trading akan mengatakan posisi tersebut bukan dilakukan oleh mereka jadi maksud mereka trading pada masa itu diganggu oleh ejen / individu lain. Broker diperlihatkan seolah-olah tiada kaitan jadi broker tidak boleh dipersoalkan. Tukang-tukang trading itu pula memang tidak pernah nampak batang hidungnya memang jadi masalah besar.
FAKTANYA!!!
Syakwasangka ini suatu penipuan dari broker adalah berasas kerana:
1. Email meminta maklum balas terus ke broker tidak dibalas.
2. Proses pengeluaran tidak dilayan.
3. Proses menutup akaun tidak dilayan.
4. Semuanya hanya dilayan melalui proses gertakan.
Berikutan itu, proses pengumpulan bukti mendapati:
1. Akaun-akaun kecil selalunya berkembang lebih pantas daripada akaun besar bertujuan untuk memancing orang baru.
2. Waktu-waktu trading di setiap akaun berbeza-beza dan peratusan keuntungan juga berbeza-beza. Sepatutnya semua akaun berjalan serentak jika benar-benar diurus oleh akaun manager sebenar.
3. Akaun selalu disable di terminal dan selepas boleh dilogin semula akan kelihatan profit bertambah (ada bukti screenshot).
4. Tiada proses trading sebenar, broker cuma mengada-adakan trading yang profit di history trading terminal (ada bukti screenshot).
5. Trading sebenar hanya berlaku apabila memasuki fasa dirugikan semula.
Dua akaun pelabur yang bekerjasama masing-masing sempat diselamatkan dan dapat dikeluarkan sebelum kerugian besar berlaku. Satu akaun besar baru sahaja memasuki fasa dirugikan semula dan posisi terbuka itu terpaksa ditutup sendiri oleh pemilik akaun dan satu lagi akaun kecil yang sangat frofitable luar biasa dijadikan sedemikian untuk memancing orang lain. Akaun-akaun lain tidak pula diketahui bagaimana keadaannya. Bagaimana nasib orang yang melabur yang hanya memberi modal tetapi tidak tahu menggunakan trading terminal untuk melihat akaunnya berjalan. Buat masa ini saya tidak dapat mengumumkan aktiviti pelaburan dan Broker yang saya maksudkan ini benar-benar scam kerana duit pelaburan kedua-dua akaun tadi dipulangkan dengan jayanya hanya setelah melalui proses gertakan. Saya beranggapan gesaan itu dilayan kerana sekarang skim ini masih baru saja mula berkembang. Amat malang, perlu ada suatu akaun yang mengalami kerugian sebenar sehingga ke tahap margin call untuk menunjukkan Broker Forex ini benar-benar menjalankan aktiviti penipuan. Tetapi kami mempunyai bukti jelas atas mana-mana perlakuan tidak sihat yang dilakukan oleh Broker Forex dari Belgium ini. Jika anda ada informasi dan merupakan mangsa, sila emailkan maklumat anda kepada saya.
MORAL of the STORY
1. Ejen yang berusaha tadi menambahkan pendapatan sebenarnya hanya menambahkan masalah dalam hidup mereka. Sedar atau tidak ditipu mereka terpaksa juga menanggung akibatnya. Jangan bermain janji dengan duit orang kelak membahayakan diri.
2. Konsep MLM selalu diguna pakai dalam aktiviti scam kerana dapat menutup penipuan untuk suatu jangka masa yang panjang. Orang-orang terawal memang benar boleh mendapat keuntungan tetapi dibayar dengan duit ahli baru. Hasil pelaburan ahli lama dapat pula menarik ahli-ahli baru dan seterusnya begitulah sampai habis orang di muka bumi ini yang telah menyertainya.
3. Aktiviti scam, sistem cepat kaya atau sistem piramid tidak akan pernah berhenti mencari mangsa. Suatu scam yang terdedah dan telah jatuh akan muncul semula dengan nama lain dan sistemnya akan lebih diperbaiki.
4. Melaburlah dalam ASB, Unit Trust dan Takaful Investment yang memberikan pulangan yang terjamin. Forex boleh dilakukan asal dilakukan dengan sendiri setelah tahu selok-beloknya. Biar anda tanggung risiko apa yang anda buat bukannya anda yang menanggung kesilapan orang lain.
http://apple-bru.blogspot.my/2014/08/penipuan-forex-ala-scam-yang-anda-tahu.html
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_f654cce26fc54670aa82c00927f62eff~mv2.png/v1/fill/w_487,h_430,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/444a96_f654cce26fc54670aa82c00927f62eff~mv2.png)
![](https://static.wixstatic.com/media/444a96_df42770c5b7d49cfb307ce24c1c67de0~mv2.png/v1/fill/w_491,h_253,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/444a96_df42770c5b7d49cfb307ce24c1c67de0~mv2.png)