top of page

Nama warren edward  buffet

Kelahiran30 Ogos 1930 
OmahaNebraska

Warganegara Amerika Syarikat

PekerjaanPengerusi & CEO, Berkshire Hathaway

Gaji AS$ $100,000[1]

Nilai harta
kekayaan▼ AS$ 37 bilion (2009)[2]

PasanganSusan Buffett (1952–2004) (kematian),
Astrid Menks (2006–)[3]

AnakSusie Buffett,
Howard Graham Buffett,
Peter Buffett

Laman sesawang

www.berkshirehathaway.com

https://en.wikiquote.org/wiki/Warren_Buffett

Warren Edward Buffett (lahir 30 Ogos 1930 di OmahaNebraska, Amerika Syarikat) ialah seorang pelaburahli perniagaan dan dermawan berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang pelabur paling berjaya di dunia serta pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway.

 

Beliau dinamakan orang terkaya di dunia oleh majalah Forbes pada separuh pertama tahun 2008, iaitu nilai bersihnya kira-kira $62.0 bilion, tetapi menjunam ke $37 bilion pada awal tahun 2009, sekaligus jatuh satu anak tangga ke #2 dalam senarai Forbes Billionaire List, iaitu $9 bilion di belakang Bill Gates.

 

Beliau diberi gelaran "Dewata Omaha" (Oracle of Omaha) atau "Pendeta Omaha" (Sage of Omaha), Buffett terkenal kerana berpegang teguh pada falsafah pelaburan nilai dan sikap berjimat cermat walaupun kaya-raya, Gaji tahunannya pada tahun 2006 berjumlah kira-kira $100,000, iaitu agak sedikit berbanding gaji eksekutif kanan di syarikat-syarikat yang sebesar syarikat beliau.

Buffett membelanjakan $9.7 juta dana Berkshire untuk membeli pesawat persendirian pada tahun 1989, beliau memberikan nama julukan "The Indefensible" kerana sebelum ini beliau pernah membidas tindakan CEO lain melakukan pembelian sedemikian.

 

Beliau masih menetap di rumah yang sama di kawasan perumahan pusat Dundee di bandar Omaha yang dibelinya pada tahun 1958 pada harga $31,500, yang kini bernilai kira-kira $700,000. Buffett juga merupakan seorang dermawan yang disegani.

Pada tahun 2007, nama beliau dimasukkan dalam senarai 100 Tokoh Paling Berpengaruh di Dunia oleh majalah TIME, Beliau juga merupakan ahli lembaga amanah di Kolej Grinnell.

© 2023 by Biz Trends. Proudly created with Wix.com

bottom of page